Tuesday, 14 October 2014

Penantian yang berbaloi

Assalamualaikum anak Ummi.

Sesungguhnya tatkala blog ini diwujudkan adalah semata-mata untuk anak yang dikasihi. Penantian Ummi & Abi selama lebih setahun untuk mendapatkan zuriat adalah berbaloi. Pelbagai kaedah dan cara Ummi & Abi buat untuk mendapatkan zuriat. Sebut sahaja apa yang Ummi x buat?(urut?pil kesuburan?ubatan tradisional?menjaga pantang larang?perubatan moden?) semua Ummi dah buat. Alhamdulillah berkat kesabaran Ummi & Abi itulah Ummi disahkan hamil pada Januari 2013. Ummi x dapat nak gambarkan betapa gembiranya pasangan suami isteri ini (Ummi & Abi) kerana saat-saat yang ditunggu telah tiba.

Ummi nak cerita saat Ummi test kehamilan. Ummi beli ujian test kehamilan sorok-sorok daripada Abi (kenapa Ummi nak sorok pon Ummi x tau. Mungkin Ummi x ank Abi tau yang Ummi kecewa setiap kali ujian kehamilan ni gagal). Seminggu sebelum Ummi buat ujian, Ummi pergi ke Kuala Lumpur menaiki kereta api. Semasa perjalanan, pinggang Ummi terlalu sakit dan sedikit keluar pendarahan (dalam hati Ummi, x jadi lagi anak bulan ni sebab period). Bila hampir seminggu menunggu, namun darahnya masih sedikit tak banyak macam selalu. Hati pon rase macam ada sesuatu je yang berlaku pada diri sendiri. Ummi gaduh dengan Abi (Ummi memang pemarah time tu sampai Abi pun x tahan) tetapi dengan x sengaja Ummi tersebut "Dah la Ayang tengah mengandung", padahal Ummi sendiri belum tahu Ummi mengandung saat itu. Esok paginya Ummi bangun awal, mungkin dalam jam 6.00 pagi sebab x sabar nak test kehamilan. Ummi buat test kehamilan tanpa pengetahuan Abi. Pada mulanya Ummi kecewa tetapi selepas menunggu 1 minit garisan samar-samar menunjukkan Ummi mengandung. Ummi terus kejutkan Abi untuk berkongsi kegembiraan. Hari itu juga Ummi buat pemeriksaan di klinik. Ya Allah, betapa germbiranya hati Ummi kerana doktor memang sahkan Ummi hamil. Nenek adalah orang pertama yang tahu berita ni.

Ummi ditatang bagai minyak yang penuh oleh Abi. Semua kerja rumah beres. Ummi x suka rumah kotor atau bersepah nanti Ummi cepat naik angin. Mungkin anak Ummi nanti pembersih orangnya. Ummi pun x suka masak guna minyak sayur walaupun sebelum ni Ummi guna minyak sayur. Ummi x suka bau menumis (rumah orang belakang menumis pon Ummi boleh loya). Ummi x suka makan pedas walaupun Ummi menggemari makanan pedas. Paling ketara adalah Ummi x suka minum Cool Blog iaitu minuman kegemaran Ummi. Semua tu Ummi x sedar tetapi orang lain yang perasan.

Ok..sekarang Ummi nak cerita saat-saat Ummi mahu bersalin. Siang Ummi masih berkerja tetapi hati rasa x sedap. Pada waktu tu Ummi bereskan semua kerja-kerja Ummi. Terlalu banyak Ummi bergerak pada hari intu (naik turun tanggan). Rupanya pada malam hari adalah saat Ummi hendak bersalin. Abi kerja pada waktu itu. Hanya Ibu je yang ada untuk temankan Ummi. Jam menunjukkan jam 10.30 malam tetapi mata masih x mengantuk kerana pinggang Ummi terlalu sakit dan sayang Ummi terlalu mengeras. Jam 11.00 malam Ummi terasa sayang Ummi menendang- nendang tapi sangat luar biasa lantas Ummi bangun dan berjalan ke bilik air. Keluar lah air ketuban dengan banyak. Ummi x panik tetapi Ibu sangat panik suruh Ummi bersiap untuk ke hospital. Dalam perjalan barulah terasa sakit yang amat (x tahu macam mana Ummi nak gambarkan) tetapi sempat juga Ummi menyuruh Abi bersedia di hospital dan Ummi pun sempat meminta maaf dengan nenek. Ibu panik lagi sampai jalan nak ke hospital pun ibu boleh lupa. Mujur Tuhan bersama Ummi, jadi Ummi masih boleh berfikir dengan waras walaupun dalam kesakitan. Sampai di hospital, jam menunjukkan 12.00 malam. Ummi terus dimasukkan ke wad bersalin kerana air ketuban telahpun habis dan jalan telah buka seluasnya untuk sayang keluar. Tetapi Ummi x bersedia. Ummi x sangka Ummi perlu lakukan serta merta. Tatkala nurse berkata "anak awak hampir lemas" dengan kudrat yang ada Ummi meneran sehingga langsung x kedengaran bunyi-bunyian disekeliling. Alhamdulillah sayang selamat dilahirkan pada jam 12.29 minit malam. Dengan waktu yang singkat itu, semua orang di pejabat dan kawan-kawan Ummi terkejut. Ummi dan Abi sepakat memberikan nama Izz Zhafirah Amni (Ummi yang pilih, Abi setuju saje) yang membawa maksud kekuatan(Ummi nak sayang kuat menempuhi hidup ini sepertimana sayang kuat semasa dilahirkan) keberuntungan(Ummi nak sayang sentiasa mendapat keberuntungan di dunia dan akhirat) ketenanganku(sentiasa membuatkan Ummi dan Abi tenang dengan sayang). Sebab itu Ummi dan Abi panggil sayang dengan nama Amni (kadang-kadang adik, sayang, Izz Zhafirah).

Sekarang ni Amni baru je pandai jalan. Umur Amni pon dah 1 tahun sebulan. Gigi baru ada 7 batang. kegemaran Amni sekarang ni suka makan ayam goreng.

Ummi & Abi terlalu sayangkan Amni sehingga hujung nyawa yang membawa ke jannah. Insyaallah.